CABARAN KINABALU

Kenangan itu datang lagi...(part 3)


Cabaran Serikandi Kinabalu
4-8 Disember 2009
(sudah setahun berlalu)

bergambar sebelum pendakian bermula


Kami dilepaskan oleh pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu sebaik sahaja bacaan doa oleh penyelaras program, Cikgu Jafri...


Perjalanan yang pada awalnya diselangi perbualan akhirnya menjadi bisu apabila kami berada di aras yang semakin tinggi... Tak tahulah samada ia disebabkan oleh kelurangan oksigen di atas sana, ataupun kekurangan tenaga untuk berbual lagi a.k.a sv energy...


Hujan renyai2 tanpa henti menyukarkan pendakian...Banyak perkara yang bermain di fikiran semasa mndaki...Ada rasa penyesalan kerana mengikuti program, ada rasa nak campak beg, ada rasa tak sabar sebab tak sampai-sampai check point...seribu satu rase yg xterungkap dgn kata2... Tapi dalam masa sama aku cuba mencari alasan dan kekuatan untuk meneruskan perjalanan...credit thanx to kwn2 yg bnyak bg sokongan dan dorongn (hug n kiss)...


Kagum sngt dgn masyarakat setempat di sekitar Gunung Kinabalu...memang kuat dan gagah. Masakan tidak... mereka mampu memikul lima enam beg galas dengan muka bersahaja...Bahkan kami seringkali terserempak dengan pengambil upah yang membawa turun dan naik tong gas memasak sambil berlari! oh my God...


Tiba di Laban Rata...(Makan mlm+mandi+rehat) then naik lg ke Gunting Lagadan untuk tdo... dan  menyambung pendakian ke puncak seawal 3.00pg ditemani bulan dan bintang...pendakian yg bisu tanpa suara...


Jam 5.00pg aku berjaya melepasi check point terakhir di Pondok Sayat-Sayat...Matahari sudah mulai terbit di ufuk. Sayunya kerana masih lagi tidak berada di puncak ketika panorama itu berlaku. Jam 5.40 pagi, tinggal 500 meter sahaja lagi untuk ke puncak. Ketika itu, aku sudah bertembung dengan beberapa pendaki yang dalam perjalanan turun...sejuknya memang xpyh ckp... Kaki memang dah tak larat nak melangkah...mcm nak give up je...hanya bermain dengan perasaan sendiri...


Tym ni da nampak puncak... agak termotivasi la jugak...7 or 8 langkah...berhenti rehat... kemudian langkah lg... berhenti lg... Alhamdulillah... aku brjaya sampai di Puncak Gunung Kinabalu jam 6.15 pg... Persaanya xterluah dgn kata2... Terima ksh Ya Allah.. .kerana memberi aku peluang melihat pemandangan yg begitu indah...
SUBHANALLAH... ALHAMDULILLAH... ALLAHHUAKBAR...


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...