PESANAN SEBELUM TIDUR

::Assalamualaikum & selamat malam semua::Time to sleep...


Tp sebelum kt tidur, Jom kita hayati & amalkan pesanan Rasulullah SAW sebelum tidur... Harap2 anda sediakan mental dan tenaga untuk habeskan membacanya...

Rasulullah S.A.W. berpesan kepada Aisyah RA:
Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan 4 perkara,iaitu:
  1. Sebelum khatam Al Qur'an,
  2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
  3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
  4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
Bertanya Aisyah: Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan 4 perkara seketika? 

Rasulullah SAW tersenyum dan bersabda:
  1. Sebelum engkau tidur bacalah: Al Ikhlas 3x, seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Qur'an.
  2. Bacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
  3. Beristighfarlah untuk para muslimin, maka mereka akan meredhai kamu.
  4. Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah.
Tafsir  Haqqi
::Jom sama2 istiQamah mengamalkannya::

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...